Resipi Cara Membuat Nasi Goreng Cina Sedap - Kadang-kadang masakan yang paling simple tu lah yang paling sedap, macam Nasi Goreng Cina ni. Saya menyediakan nasi goreng ini dah agak malam. Walaupun gambarnya tidak nampak menawan tapi rasa nasi gorengnya memang sedap. Saya melihat cara penyediaan nasi goreng ini dalam youtube seorang selebriti. Terpesona dengan kepetahannya bercerita sambil menggoreng nasi menyebabkan saya melihatnya sehingga selesai. Sebenarnya bahan yang digunakan hampir sama sahaja dengan bahan yang biasa kita gunakan. Cuma tekniknya yang mungkin sedikit berbeza seperti telur digoreng garing sebelum dimasukkan nasi. Sebelum ini saya biarkan separuh masak, dan terus masukkan nasi supaya telur bersalut dengan nasi goreng.
Kalau ada yang nak mencuba bolehlah tengok resepi di bawah. Seperti biasa lah memasak ni, tak perlu sukatan bahan yang tepat. Semua boleh main agak agak, kalau rasa tak cukup, boleh jer campak lagi. Lagi banyak rencah yang digunakan, lagi lah sedap. Jom kita tengok resepinya di bawah ini....
Bahan-Bahan Nasi Goreng Cina Sedap:
- 2 cawan nasi putih
- 4 ulas bawang putih
- 1/2 biji bawang merah
- Ayam
- Udang
- 2 biji telur
- Sayur campur
- Garam
- Lada putih
- Minyak bijan
Cara Membuat Nasi Goreng Cina Sedap:
1. Panaskan minyak bijan.
2. Tumis bawang putih dan bawang merah.
3. Masukkan ayam dan tumis hingga masak.
4. Masukkan udang dan tumis hingga masak.
5. Masukkan sayur campur; gaul.
6. Masukkan garam dan lada putih; gaul.
7. Masukkan telur, dan biarkan masak.
8. Masukkan nasi dan gaul hingga sebati.
9. Hidang!